Sunday, 22 May 2011

Siapakah Awliya Ar-Rahman

Mohamad Aliff bin Omar

MENGENALI SIAPAKAH DIRIKU  : 

Saya seorang insan biasa yang tiada apa-apa kelebihan dan sentiasa mengharapkan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain. Disini Saya ingin berkongsi sedikit maklumat diri saya kepada yang sudi membacanya. Saya telah dilahirkan di Batu berendam, Melaka.  Saya merupakan putera kedua kepada pasangan Ayahanda Omar bin Atan dan Bonda  Ashima binti Sabudin. Mempunyai salasilah Melayu, Cina dari sebelah ibu saya, dan dari sebelah ayah, mempunyai salasilah Melayu, Jawa dan Bugis. Saya telah mendapat pendidikan awal  di Sekolah Rendah (F) Kemasul, Triang, Pahang kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di SMA Pelangai, Bentong, Pahang sehingga tingkatan 3, selepas itu saya telah menyambung pelajaran di SMA Maran, Pahang ketika tingkatan 4-5. Selepas SPM saya telah melanjutkan pengajian di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah  ( KIPSAS ) pada tahun 2009  sehingga sekarang. Saya telah mengikuti Pengkhususan Diploma Syariah dan Undang-Undang dan akan menamatkan pengajian pada tahun hadapan. Jika dipermudahkan rezeki saya berkeinginan untuk menyambung pengajian dalam bidang Undang-undang Syariah di Universiti tempatan ataupun luar negera. 

                                  SEKILAS TENTANG SAYA



Saya suka menulis, dan juga suka membaca apa yg tertulis. Saya suka bersahabat dan membina persahabatan baru. Bagi sesiapa yang baru mengenali saya mungkin mereka beranggapan saya jenis orang yg Serius dan different di kalangan sahabat-sahabat saya. Siapa yg kenal saya tahu la saya siapa...susah senyum, kurang cakap, tetapi actually saya seorang yang periang dan sangat peramah..huhu... ada sebab kenapa saya buat semua itu.. x kisah la bagaimana kita dilihat oleh sesama manusia... bagi saya, yang paling penting adalah bagaimana Allah memandang ke arah kita. Kepada yang membaca coretan saya, selamat datang dan terima kasih di ucapkan..semoga kita dapat membina ukhwah sesama kita,dan semoga coretan saya mampu membawa kebaikan pada kita semua, insyaAllah..

AKU DAN SAHABAT SEPERJUANGANKU  :

FRIEND 4 EVER 

Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan. Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperoleh di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda. Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.

Memiliki persahabatan yang jujur dalam erti kata sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar diperoleh secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.

Sabda baginda:

Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah . (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

وعن أبي هريرة رضى الله عنه عن النبي e قال : سَبْعَةٌ يُظِلُّمُهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاظِلَّ إِلا ظِلُّهُ : إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ و َرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَة ٌذَاتُ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ : إِنِّي أَخَافُ اللهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتّى لاتَعْلَمَ شِمَالُهُ مَاتُنْفِقُ َيمِيْنُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ تَعَالَى خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَا                           


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya yaitu: Imam (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang Manusia yang saling mencintai karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.” 
(HR. Bukhari Muslim)

Dari sudut pandangan pribadi Aliff : 

Jika Manisnya tebu Itu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya begitu jugalah seperti dalam hadis diatas menyatakan Manisnya iman, hanya pemiliknya dapat mengecapi kenikmatan dan kekhusyukannya. Dalam tiga ciri di dalam hadis pertama tersebut, baginda s.a.w. menyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah , akan terasalah manisnya iman. Itulah Hakikat sebenar kita bersahabat, bukan  hanya sekadar kepentingan tetapi semata-mata perjuangan menuju kebaikan dan Keredaan Allah kerana  Indahnya kemanisan iman dalam persahabatan hanya pemiliknya yang faham.

Dalam hadis kedua adalah tentang tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari kiamat  menyatakan bagi dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, ia juga boleh dijadikan satu lonjakkan bagi dua orang sahabat yang tulus ikhlas bersahabat bersama-sama dengan matlamat mendapatkan reda Allah dalam setiap perjuangan mereka menyebarkan syiar-syiar Islam dan mengembangkan dakwah agama Agung yang diredaI Allah S.W.T.

Oleh itu mulailah satu anjakan baru bagi setiap individu Islam agar bersahabat mengikut setiap cara yang dihalalkan agama dan mencontohi akrab hubungan nabi Muhammad SAW bersama sahabatnya supaya setiap detik perjalanan kita berada pada dasar agama Islam yang suci ini. Carilah sahabat yang ramai dimuka bumi ini dan semaikanlah ia dengan rasa penghargaan  serta kasih sayang tetapi jauhilah sahabat yang membawa kerosakkan dan kehancuran bagimu kerena ia hanya suatu hubungan yang sia-sia.


Itulah serba sedikit maklumat tentang diri saya yang dapat saya kongsikan buat rakan-rakan yang sudi mengenali saya. kalau diikutkan banyak lagi yang ingin diceritakan tentang diri ini tapi cukuplah sekadar ini ... sekian 


Salam Ukhwah Fillah....

Renung-renungkan dan selamat beramal .....................

 SEKILAS BERSAMA SAHABAT DALAM KENANGAN 2011


Read More → Siapakah Awliya Ar-Rahman
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, 11 May 2011

WARKAH BUAT KEKASIH :

Bolehkah saya ber“couple” ? salah ke saya bercinta untuk kebahagiaan bersama ?


Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-Nya. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Merujuk masalah cinta remaja Islam zaman sekarang, kebanyakannya membawa kepada bukan menurut islam. Kebanyakannya melalui cinta yg mengasyikkan sehingga mereka terlupa mengenai hukum dan batasan yg ditetapkan Allah yg Maha mengetahui. Dan kesemuanya boleh dikatakan terpesong dari asas yg dibawakan oleh islam. Punca terjadi nya masalah ini ialah kerana terjadinya pengaruh barat atau org kafir dalam cara hubungan yg sebenar antara lelaki dan wanita kepada masyarakat islam. Jadi dengan itu di sini saya akan menjelaskan mengenai hubungan yg sebenar menurut islam… 

Jelas sekali, ISLAM TIDAK PERNAH MEMBENARKAN adanya perhubungan diantara lelaki dan perempuan jika tiada ikatan yang SAH seperti Pertunangan atau Pernikahan / Perkahwinan. 

Sabda Nabi : "tiada yg lebih baik antara hubungan lelaki dan perempuan melainkan nikah" (Hadith sahih) 

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin telah ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. 

Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. 

Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda: 
Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya. 

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin juga pernah ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berhubungan dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? 

Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana hubungan seperti itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan menyerupainya demi menjaga agama dan kehormatan diri. 

Jelaslah bahawa Islam memang tidak menggalakkan setiap hubungan wujud antara lelaki dan perempuan sebelum bernikah. Memang tidak dapat dinafikan couple adalah perkara yg jelas tidak dibenarkan berdasarkan hukum Islam. Pergaulan bebas lelaki perempuan lebih bercirikan maksiat jelas sekali dilarang. Malahan jelas bahawa batas-batas interaksi lelaki perempuan juga menunjukkan penjagaan yg amat terkawal. Apatah lagi mewujudkan ‘couple’ atau hubungan yg tidak sah ini. 

Realiti percintaan remaja sekarang terdapat jua kes-kes dimana wujudnya islamic couple  atau percintaan remaja islam yg hanya menggunakan alat-alat telekomunikasi untuk berinteraksi tanpa perlu berjumpa. Kononnya mereka mengatakan bahawa mereka terhindar dari maksiat dan  cara mereka berbeza lebih terpelihara  daripada  pasangan yang lain. 

Berdasarkan Syaikh Jibrin ketika ditanya : 

Apa hukumnya Kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? 

Jawab beliau: Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). 

Sebagaimana firman ALLAH SWT; 

Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). 

Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan. 

Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Nabi : 

"Telah tercatat pada anak adam bahagiannya dari zina, yg pasti terkena, zina mata ialah melihat, dan telinga zinanya mendengar, lidah zinanya berkata, tangan zinanya menyentuh dan kaki zinanya berjalan, dan hati yang ingin dan membenarkan (yg memperaktikkan, semua itu ialah kemaluan, benar terjadinya atau tidak". (Riwayat Bukhari & Muslim) 

Jika dilihat semula keadaan agama islam yg syumul ini yang memudahkan,tidaklah ianya hanya statik tidak menghalalkan percintaan. Memang ada cara2nya yg dihalalkan, gunakan cara-cara halal yg dibenarkan. Terdapat jalan2 seperti pertunangan dan pernikahan yg dihalalkan. Dalam islam,percintaan adalah lebih selamat jika hadir selepas wujudnya pernikahan kerana jika tidak ia akan lebih membawa kepada masalah hati.

Menurut Syaikh Ibnul Qayyim, ada enam peringkat cinta (maratibul-mahabah), yaitu: 

1. cinta yang paling tinggi/paling agung adalah tatayyum, yang merupakan hak Allah semata. 

"Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul alamiin" 

"Dan orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah…" (albaqarah: 165) 

2.cinta kepada Rasulullah saw (isyk). Cinta yang melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohnya, dll, namun bukan untuk menghambakan diri kepadanya. 

"Katakanlah jika kalian cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Nabi saw) maka Allah mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian" (Ali Imran: 31) 

3.syauq yaitu cinta antara mukmin dengan mukmin lainnya. Antara suami isteri,ibu bapa dan anak, yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah. 

4.shababah yaitu cinta sesama muslim yang melahirkan ukhuwah Islamiyah. 

5.ithf (simpati) yang ditujukan kepada sesama manusia. 

6.cinta yang paling rendah dan sederhana, yaitu cinta/keinginan kepada selain manusia: harta benda. 

Perlu jua diketahui islam tidak melarang seseorg utk minat kepada yg berlawanan jantina. Ini lebih membawa kepada seseorg utk memilih calonnya. Dan ada yg bertanya mengenai cara kenal mengenal pasangan sebelum wujudnya ikatan perkahwinan. Jalannya ialah pertunangan (khitbah) atau peminangan. Di dalam phase ini bertaaruf sebelum pernikahan adalah dibenarkan. 

Rasulullah bersabda kepada salah satu sahabatnya Mughirah bin Syu’bah: 

"Pergilah dan lihatlah (calon isteri) kerana itu boleh dijadikan dasar atau pedoman bagi kalian berdua" (sunan Ibnu Majah, juz 1 hal 599) 

Rasulullah juga melakukan pertunangan dengan isterinya Saidatina Aisyah ketika usia 7tahun. Ini merujuk dari dalil berikut: Menurut Tabari (juga menurut Hisham ibn `Urwah, Ibn Hunbal and Ibn Sad), "Aisyah dipinang pada usia 7 tahun dan mulai berumah tangga pada usia 9 tahun." 

Dan lebih digalakkan pertunangan yg wujud tidak terlalu panjang kerana ia lebih menyeksa pasangan dengan permasalahan hati. Boleh jua diadakan nikah gantung sebagaimana jua dilakukan Rasulullah kerana urusan dakwah. Method menggunakan nikah gantung adalah lebih berkesan bagi mereka yg ingin bercinta tetapi dibatasi perkara-perkara lain (seperti student yg belajar). Dan sedarlah bahawa lelaki yg baik adalah untuk wanita yg baik… 

Firman Allah SWT :

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia." (an-nur:26) 

"Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula, atau perempuan musyrik. Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik. Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman." (an-nur:3) 



BERIKUT IALAH BEBERAPA DALIL YG MENGGALAKKAN PERNIKAHAN :- 
  • "Barang siapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi" (HR. Thabrani dan Hakim) 
  • "Wahai para pemuda! Barang siapa diantara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih mudah menundukkan pandangan dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa, karena puasa itu dapat membentengi dirinya" (HSR. Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasaiy, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi). 
  • "Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui" (An Nur: 32) 
  • "Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya" (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160) 
  • Suatu ketika org datang menemui al-Hasan, cucu Rasulullah Saw., ia ingin bertanya, sebaiknya dengan siapa puterinya menikah. Maka al-Hasan berkata, "Kawinkanlah dia dengan orang yang bertakwa kepada Allah. Sebab jika laki-laki itu mencintainya, ia pasti memuliakannya; dan jika ia tidak mencintainya, ia tidak akan berbuat zalim kepadanya." 
  • "Apabila datang kepadamu seorang laki-laki (untuk meminang) yang engkau ridha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi" (HR. Tirmidzi dan Ahmad) 
KESIMPULAN : 

Sesungguhnya Islam itu tertegak diatas dalil dan hujjah. Setelah kita meneliti dalil dan hujjah  diatas maka dapatlah kita simpulkan bahawa sebarang bentuk hubungan sebelum pernikahan dan pertunangan adalah dilarang didalam Islam dan tiada konsep Islamic couple selagi mana sesebuah hubungan itu tidak didahului dengan sesuatu ikatan yang sah. Islam itu sendiri menggalakkan pernikahan.Oleh itu wahai remaja Islam gunakanlah jalan percintaan yg halal dan belajarlah bersabar mengharungi realiti hidup yang penuh dengan godaan dan cubaan ini. Semoga masyarakat Islam akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.
Read More → WARKAH BUAT KEKASIH :
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, 6 May 2011

Kaedah Pengiraan dalam Pembahagian Harta Pusaka




Apakah susunan yang mesti dipatuhi dalam pengagihan harta pusaka kepada ahli-ahli waris menurut Syari’at Islam?


Harta peninggalan si mati hendaklah diagihkan kepada ahli-ahli waris yang berhak mengikut susunan di bawah;

1. Dimulakan dengan ashabil-furudh. 
2. Kemudian ‘ashabah. 


3. Jika terdapat baki/lebihan –dan tiada ‘ashabah untuk mengambilnya- maka baki/lebihan itu dikembalikan/ dipulangkan kepada ashabil-furudh nasabiyah mengikut kadar saham mereka.

4. Jika tiada ashabil-furudh dan tiada ‘ashabah, harta akan diberikan kepada zawil-arham. Begitu juga, jika ada baki/lebihan dan tiada ‘ashabah untuk mengambilnya serta tiada ashabil-furudh nasabiyah untuk dikembalikan kepada mereka, maka lebihan itu diberikan kepada zawil-arham.

5. Jika semua kelompok waris di atas tiada (termasuk zawil-arham), maka harta akan diserahkan kepada Baitul-Mal.

Apakah langkah-langkah pengiraan yang perlu dilalui dalam pembahagian harta pusaka?
Setelah harta di tolak hutang-hutang dan wasiat yang berkait dengannya, langkah pertama (dalam proses pembahagian harta pusaka) ialah menyemak ahli-ahli waris yang berhak mewarisi harta tersebut iaitu dengan menyingkirkan orang-orang yang ditegah dan yang terhadang (mahjub). Jika ahli waris yang berhak mewarisi hanya seorang sahaja, maka diberikan kepadanya keseluruhan harta pusaka itu. Namun jika ahli-ahli waris adalah ramai, maka hendaklah diikuti langkah-langkah berikut;

Pertama: Tetapkan terlebih dahulu bahagian-bahagian untuk ashabil-furudh jika terdapat ashabil-furudh dalam masalah/kes.

Kedua: Pastikan angka asas pengiraaan (mengikut kaedah-kaedah yang akan kita jelaskan nanti)

Ketiga: Tentukan saham bagi setiap ahli waris. Cara penentuan saham adalah seperti berikut:

a)Bagi ahli waris dari ashabil-furudh, sahamnya ditentukan dengan cara membahagikan angka asas pengiraan dengan angka pembawah bagi pecahan fardhnya (yakni bahagiannya) dan hasilnya didarabkan dengan nombor pengatas bagi pecahan tersebut.

b)Bagi ahli waris dari kalangan ‘ashabah pula, sahamnya ialah baki setelah ditolak saham-saham ashabil-furudh di atas. Jika bilangan ‘ashabah ramai, baki tersebut dibahagikan mengikut bilangan mereka dan hasilnya adalah saham bagi setiap mereka.

Keempat: Bahagikan harta peninggalan dengan angka asas pengiraan, maka hasilnya merupakan nilai satu saham dari harta peninggalan atau harta pusaka.

Kelima: Darabkan jumlah saham setiap ahli waris dengan nilai satu saham tersebut, maka hasilnya merupakan habuan setiap ahli waris dari harta peninggalan si mati.

Keenam: Langkah di atas jika ahli-ahli waris semuanya ashabil-furudh atau sebahagian ashabil-furudh dan sebahagian lagi ‘ashabah. Adapun jika semua ahli waris adalah ‘ashabah belaka, maka asas pengiraan ialah jumlah keseluruhan ahli-ahli waris jika mereka lelaki sahaja atau perempuan sahaja. Namun jika bercampur lelaki dan perempuan, maka asas pengiraan ialah bilangan ahli waris perempuan di campur dengan gandaan bilangan ahli waris lelaki. Kemudian, untuk mengetahui habuan setiap ahli waris dari harta peninggalan, bahagikan harta peninggalan dengan nombor asas pengiraan. Hasilnya merupakan habuan bagi setiap ahli waris perempuan. Untuk mendapat habuan bagi lelaki pula, darabkan hasil itu dengan dua.

Apakah yang dimaksudkan dengan angka asas pengiraan (أصل المسألة)?

Angka asas pengiraan atau usul masalah ialah nombor gandaan sepunya terkecil yang dapat dikeluarkan darinya saham-saham ahli waris dengan hasil bulat tanpa pecahan.


Bagaimana caranya menentukan angka asas pengiraan (أصل المسألة)?

a) Jika sekiranya waris seorang sahaja, tidak perlu dicari asas pengiraan kerana tidak ada pembahagian yang perlu dilakukan. 

b) Jika ahli waris adalah ramai dan semuanya ‘ashabah, maka jika lelaki kesemuanya, asas pengiraan ialah jumlah bilangan ahli waris yang ada. Jika bercampur lelaki dan perempuan, asas pengiraan ialah bilangan perempuan dicampur dengan dua kali bilangan lelaki.

c) Jika sekiranya di kalangan ahli waris yang ramai itu terdapat ashabul-furudh (yakni orang-orang yang memperolehi bahagian tetap) atau kesemuanya ashabul-furudh, maka asas pengiraan ialah nombor gandaan sepunya terkecil yang dapat dibahagikan dengan setiap pembawah bagi pecahan-pecahan yang ada. Contohnya; jika pecahan-pecahan yang ada ialah ½, 1/3 dan 1/6, maka asas pengiraannya ialah 6, kerana angka 6 adalah nombor gandaan sepunya terkecil yang dapat dibahagikan dengan semua pembawah/penyebut pada pecahan-pecahan tersebut iaitu; 2, 3 dan 6. 

Untuk memastikan nombor gandaan terkecil tersebut, perlu diperhatikan nisbah (kaitan) antara angka-angka pembawah pada pecahan-pecahan yang ada sama ada ianya tamathul (yakni saling menyamai) atau tadakhul (saling memasuki) atau tawafuq atau tabayun. 

Senaraikan angka-angka asas pengiraan dalam ilmu Faraid hasil penelitian ulamak?
Angka-angka asas pengiraan dalam ilmu Faraid tidak lari dari tujuh angka berikut ; 

a)Dua (2)

b)Tiga (3)

c)Empat (4)
d)Enam (6)
e)Lapan (8)
f)Dua belas (12)
g)Dua puluh empat (24)
Read More → Kaedah Pengiraan dalam Pembahagian Harta Pusaka
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, 3 May 2011

APA ITU HARTA SEPENCARIAN ???

MENGENALI  HARTA SEPENCARIAN. 
Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada undang-undang adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripada Undang-Undang Islam di Malaysia. 

Dalam Al-Quran ada menyebut : 

“ Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan ” ( Surah An-Nisa’ : 32 ) 

Dalam ayat ini dapat kita fahami bahawa hak wanita dalam harta benda itu bergantung dari apa yang diusahakan. Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, harta sepencarian ditakrifkan sebagai:“Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak’. 

Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria ketika memutuskan kes Piah bt. Said lwn Che Lah bin Awang (1983, Jld. 2 J.H.) harta sepencarian ditakrifkan:“Harta yang diperolehi bersama-sama suami isteri itu hidup bersama dan berusaha, sama ada keuda-dua pasangan itu sama-sama bekerja dalam bidanag yang sama atau dalam bidang yang berlainan dan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi sama ada dibahagikan tugas atau tidak” 

Harta sepencarian juga adalah satu prinsip yang berasaskan adat temenggung dan diterima pakai di dalam undang-undang kekeluargaan Islam di negeri-negeri dalam Malaysia. Ia bermaksud harta yang diperolehi oleh suami atau isteri sepanjang tempoh perkahwinan yang perlu dibahagikan di antara mereka selepas berlaku perceraian. 

Menurut konsep harta sepencarian mana-mana pasangan tetap berhak kepada harta sepencarian walau pun dia tidak berkerja. Ini bermaksa seseorang isteri yang menjadi surirumah tetap berhak mendapat sebahagian dari harta suaminya jika mereka bercerai dengan syarat harta tersebut diperolehi dalam tempoh perkahwinan. 

Apakah pandangan  ulamak tentang Harta sepencarian ini ??? 

Menurut Pandangan Ulama’ : 

Para ulama’ telah memberi pelbagai pandangan dalam membicarakan tentang harta sepencarian. Ada yang menyebut ia sebagai “Mata’ al-Bayt” iaitu perkakasan rumah dan ada yang menyebut sebagai “Mal al-Zawjayn” yang bermaksud harta suami isteri. 

Harta sepencarian tidak dijelaskan oleh apa-apa dalil nas, namun ulama’ masih lagi memperakuinya berdasarkan konsep uruf dan maslahah setempat dan ia mengambilkira soal keadilan kedua-dua pihak selaras firman Allah s.w.t : 

Maksudnya : “orang – orang lelaki beroleh bahagian daripada usahanya dan orang-orang perempuan beroleh bahagian daripada usahanya juga”( Surah An-Nur Ayat 32 ). 

Definisi dari segi umum dan istilah syarak : 

Definisi umum : Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi secara bersama-sama oleh suami isteri sepanjang perkahwinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan atau pemilikan harta tersebut. 

Definisi syarak : Ia ditafsirkan sebagai pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. 

Kes Yang Berkaitan Dengan Harta Sepencarian : 
Kes Hasmah lwn Jalil, telah diputuskan bahawa harta carian laki bini hendaklah dibahagikan dua antara suami dan isteri apabila berlaku perceraian. Malah jika dia mati, sebelum pindaan Perkara 121(1A), kebanyakan keputusan para hakim Inggeris berkaitan harta sepencarian lebih cenderung merujuk kepada pemakaian adat setempat orang Melayu. Jika dilihat sejarah lampau, harta sepencarian dianggap sebagai satu bentuk adat dalam masyarakat Melayu. Menurut Adat Pepatih, ia disebut sebagai ”carian laki bini”. 

Dalam kes Robert lwn Boto’, diputuskan bahawa harta yang menjadi pertikaian dianggap sebagai harta sepencarian dan mahkamah akan membahagikan setiap setengah bahagian jika pihak-pihak bersetuju. Ini adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa ia adalah satu adat dan bukannya hukum syarak.


                Konsep dan Pelaksanaan Harta Sepencarian. 


Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat secara umumnya selepas berlaku penceraian dan kematian. Professor Ahmad Ibrahim menyebutkan dalam bukunya "Islamic Law in Malaysia" yang diterbitkan pada 1965 oleh Malaysian Sociological Research Institute, pada mukasurat 389 menyatakan bahawa harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama yang mana kerja yang dilakukan menyebabkan pemilikan bersama, semasa berlaku penceraian atau kematian isteri mempunyai hak terhadap bahagian selain daripada penyelesaian perkara yang lain yang diwajibkan di bawah Undang-Undang Islam. 

Di Kelantan, di dalam kes Hajjah Saudah v Hanafi ( 1990 ) 8JH 66, Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan bahawa perintah tuntutan harta sepencarian boleh dibuat selepas kematian pasangan. Doktrin harta sepencarian telah diberi pengiktirafan oleh semua Mahkamah Syariah di Malaysia. Yang penting ialah penyelesaian tuntutan harta sepencarian akan diselesaikan segera selepas menyempurnakan Wasiat dan sebelum dibuat pembahagian harta mengikut sistem faraid.


PERBEZAAN ANTARA HARTA SEPENCARIAN DAN NAFKAH 

Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh hasil daripada usaha suami isteri dan termasuk pendapatan yang diperoleh daripada modal sendiri hasil kerjasama mereka. Apabila berlaku perceraian antara suami isteri, harta yang diperoleh boleh diisytiharkan harta sepencarian. Dengan persetujuan kedua-dua pihak harta itu dapat dibahagikan bersama antara mereka dengan persetujuan mahkamah.

Nafkah merujuk kepada tanggungjawab suami kepada isteri, iaitu dalam masa perkahwinan isteri berhak mendapat nafkah ( Arab, nafaqah ) daripada suaminya. Termasuk dalam nafkah ialah makanan, tempat tinggal, pakaian dan perubatan. Kadar nafkah diambil kira dengan kemampuan suami berdasarkan pendapatannya.

Allah berfirman maksudnya: "...dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya." ( al-Quran, al-Baqarah ( 2 ): 233 )

Apabila dicerai, isteri juga berhak mendapat nafkah untuk masa idah.

  ( Surah at-Talaq: ayat 6 ). 

" Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu) dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya ".
Read More → APA ITU HARTA SEPENCARIAN ???
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, 2 May 2011

Perfume beralkohol HARAM vs HARUS .



Di dalam hal penggunaan minyak wangi beralkohol ulamak terdahulu lebih cenderung untuk menghukumkannya sebagai haram kerana pengetahuan ketika itu tidak dapat menyingkap hakikat sebenar alkohol. 

Mungkin perincian dalam mengenali kepada punca alcohol diperolehi, Bagaimana ia terjadi, apakah proses yang dijalankan, dan adakah ia sama dengan alkohol yang terdapat pada khamar masih tidak jelas. Kita yakin, seandainya ulamak dahulu tahu sebagaimana orang sekarang tahu, sudah tentu mereka juga akan berfatwa seperti ulamak-ulamak hari ini fatwakan.

Ulamak-ulamak dahulu menfatwakan alkohol yang terdapat pada perfume adalah najis, sebagaimana najisnya khamar. Manakala ulamak-ulamak sekarang mengatakan sebagai suci tidak najis. Masing-masing berijtihad berdasarkan hasil kajian yang mereka perolehi.

Apakah yang dikatakan sebagai alkohol dan adakah fungsinya seperti kamar ?

Definasi Alkohol 

Alcohol adalah sejenis gas cair (fluida). Gas yang mempunyai sifat :

1. Kemampuan berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan mempunyai tenaga kinetik tinggi. Energi kinetik akan menaik, bila temperature menaik ( dinaikkan ).

2. Canmpuran molekul-molekul gas adalah merata. Molekul gas bergerak bebas ke segala arah dalam garis lurus dan tidak hilang tenaganya akibat perlanggaran antara satu ama lain.

3. Menepati volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat padat atau cair dalam berat yang sama.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (Ho). Dua jenis alkohol yang kerap digunakan ialah :

1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu).

2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.

Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras. Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek dan minyak wangi.

Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu :

a. Penyediaan secara kimia ( makmal )

b. Penyediaan secara sulingan ( industri.) 

Fatwa terkini yang menyatakan tentang penggunaan alkohol harus dan boleh dipakai dalam minyak wangi dan bahan-bahan lain :

1. Fatwa Majlis Kebangsaan :" Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya."

2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis.

3. Fatwa almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya " Anta Tas al Wa Islam Tujib " menjelaskan bahawa :" Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukum-nya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk."

4. Menurut Abd Rahman al-Jaziri dalam Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat" juzu' 1menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.

5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " Tafsir Al Manar " menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya.

6. Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " juga bersependapat diharuskan dan tidak najis

7. Menurut JAKIM pengambilan akkohol dalam jumlah yang kecil dan tidak memabukkan adalah tidak haram.

Bagaimana pula dengan kadar alkohol yang terdapat dalam minyak wangi?
Jika kadar alkoholnya sedikit dan tidak membahayakan maka silakan ia memakainya tanpa rasa ragu. Misalnya kadar alkoholnya sekitar lima peratus atau kurang dari itu, kadar peratusan yang kurang itu tentu tidak menimbulkan kesan membahayakan.
Jika kadar alkoholnya tinggi sehingga dapat menimbulkan kesan samping terhadap pemakainya, maka yang paling baik adalah tidak menggunakannya kecuali untuk keperluan sangat mendesak, seperti untuk mensterilkan luka dan sejenisnya. Tidak juga kita katakan haram, namun lebih baik tidak menggunakannya bila tidak ada keperluan yang mendesak. Sebab kadar alkohol tinggi tersebut dapat kita simpulkan bahwa ia tergolong zat yang memabukkan. Zat-zat yang memabukkan tentunya haram berdasarkan nash-nash Al-Qur'an dan As-Sunnah serta ijma'.

KESIMPULAN :

Secara kesimpulannya dapatlah kita fahami bahawa masalah penggunaan alkohol adalah masalah kilafiyah. Penjelasan diatas menyatakan bahawa alkohol itu suci dan boleh digunakan dalam solat hanya jika kadar alkohol yang terdapat pada parfum tersebut sedikit maka boleh saja digunakan tanpa harus ragu tetapi jika kadar alkoholnya tinggi maka yang terbaik adalah tidak menggunakannya kecuali untuk suatu keperluan yang mendesak. Ia juga boleh kembali memjadi haram setelah ia bercampur dengan sesuatu yang haram seperti minyak wangi yang mengandungi lemak babi…


Read More → Perfume beralkohol HARAM vs HARUS .
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, 1 May 2011

FITNAH AKHIR ZAMAN

Berlindunglah  Dari Fitnah Dajjal...


Kehadiran Dajjal merupakan antara tanda besar bahawa hari kiamat semakin hampir berlaku. Dajjal pasti akan keluar menjelang hari kiamat bagi memesongkan ummat manusia agar semakin sesat dari landasan yang sebenar. Justeru, kita yang berada pada zaman akhir usia dunia ini sangat-sangat wajar berhati-hati agar tidak ditipu dan didustai dengan fitnah dan tipu daya si Dajjal itu. Malah sekalian Nabi hingga Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu mengingatkan ummatnya agar berhati-hati dengan fitnah Dajjal.

"Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal". (Misykat, hal. 472) Hadith Riwayat Muslim

“Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)”.
(Sahih Jami’ shogir 3495/ Al-Bany) Hadith Riwayat Bukhari

Ahmad Thompson, seorang penulis muslim berbangsa Inggris telah menulis sebuah buku  yang menjelaskan bahwa peradaban dunia semenjak sekitar seratus tahun belakangan ini telah menjelma menjadi sebuah Sistem Dajjal. Yaitu sebuah sistem kafir yang kehidupannya didominasi oleh Dajjalic Values (nilai-nilai Dajjal). Sebuah sistem yang secara diameteral bertolak belakang dengan sistem Kenabian yang didominasi oleh nilai-nilai keimanan.  Jika  perhatikan, tidak ada satupun aspek kehidupan moden dewasa ini yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Sebut saja bidang ideologi, politik, sosial, moral, seni-budaya, ekonomi, pendidikan, militer dan pertahanan keamanan. Semua telah di-shibghah (baca: dicelup) oleh nilai-nilai kekufuran jauh dari shibghah Islamiyyah (celupan Islam). Sistem Dajjal ini sedang menanti kehadiran pimpinannya. Bila sekarang Dajjal keluar maka ia akan segera dinobatkan menjadi pimpinan sistem dunia moden. Sebab sistem ini dibangun agar compatible dengan kehadiran Dajjal.

Maka dalam situasi dunia kini adalah sangat relevan bagi setiap individu untuk meningkatkan penghayatannya ketika membaca doa yang diajarkan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam di akhir sholatnya pada saat tahiyat akhir menjelang salam ke kanan dan ke kiri.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bila seseorang selesai membaca tashahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. [ Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya sesuai kepentingannya ]". (Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa [27].)

Dalam riwayat abu daud dan ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi selalu membaca doa tersebut dalam tasyahhudnya.

Lihatlah betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah dajjal tersebut, Nabi s.a.w seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat lindungan dari Allah sendiri selalu memohon perlindungan dari fitnah dajjal, sedangkan siapa kita di sisi Allah? Bahayanya fitnah dajjal ialah, ia bukan sahaja mengelirukan orang awam yang rendah ilmu dan imannya , tetapi jika di lihat sejarah, berapa ramai ulama' terkeliru dengan dajjal ini, baik dajjal kiasan ataupun realiti. Fitnah dajjal amat dasyat, boleh jadi seseorang yang awalnya Islam akan tersesat di akhir hayatnya....kemungkinan akan murtad...Nauzubillah.....

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, "Jika salah seorang di antaramu telah selesai membaca tasyahud akhir, hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah dari empat hal, dengan membaca:

Ruminya : Alloohumma inni a'uuzu bika min 'azaabil qabri, wa min 'azaabi jahannam , wa min fitnatil mahyaaa wal mamaati, wa min syarri fitnatil masiihid dajjaal

Terjemahan : Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka jahannam, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal.

Semoga kita semua terlepas dari fitnah dajjal.....


Renung-renungkan dan selamat beramal..............
Read More → FITNAH AKHIR ZAMAN
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...