Tuesday 3 May 2011

APA ITU HARTA SEPENCARIAN ???

MENGENALI  HARTA SEPENCARIAN. 
Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada undang-undang adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripada Undang-Undang Islam di Malaysia. 

Dalam Al-Quran ada menyebut

“ Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan ” ( Surah An-Nisa’ : 32 ) 

Dalam ayat ini dapat kita fahami bahawa hak wanita dalam harta benda itu bergantung dari apa yang diusahakan. Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, harta sepencarian ditakrifkan sebagai:“Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak’. 

Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria ketika memutuskan kes Piah bt. Said lwn Che Lah bin Awang (1983, Jld. 2 J.H.) harta sepencarian ditakrifkan:“Harta yang diperolehi bersama-sama suami isteri itu hidup bersama dan berusaha, sama ada keuda-dua pasangan itu sama-sama bekerja dalam bidanag yang sama atau dalam bidang yang berlainan dan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi sama ada dibahagikan tugas atau tidak” 

Harta sepencarian juga adalah satu prinsip yang berasaskan adat temenggung dan diterima pakai di dalam undang-undang kekeluargaan Islam di negeri-negeri dalam Malaysia. Ia bermaksud harta yang diperolehi oleh suami atau isteri sepanjang tempoh perkahwinan yang perlu dibahagikan di antara mereka selepas berlaku perceraian. 

Menurut konsep harta sepencarian mana-mana pasangan tetap berhak kepada harta sepencarian walau pun dia tidak berkerja. Ini bermaksa seseorang isteri yang menjadi surirumah tetap berhak mendapat sebahagian dari harta suaminya jika mereka bercerai dengan syarat harta tersebut diperolehi dalam tempoh perkahwinan

Apakah pandangan  ulamak tentang Harta sepencarian ini ??? 

Menurut Pandangan Ulama’ : 

Para ulama’ telah memberi pelbagai pandangan dalam membicarakan tentang harta sepencarian. Ada yang menyebut ia sebagai “Mata’ al-Bayt” iaitu perkakasan rumah dan ada yang menyebut sebagai “Mal al-Zawjayn” yang bermaksud harta suami isteri. 

Harta sepencarian tidak dijelaskan oleh apa-apa dalil nas, namun ulama’ masih lagi memperakuinya berdasarkan konsep uruf dan maslahah setempat dan ia mengambilkira soal keadilan kedua-dua pihak selaras firman Allah s.w.t : 

Maksudnya : “orang – orang lelaki beroleh bahagian daripada usahanya dan orang-orang perempuan beroleh bahagian daripada usahanya juga”( Surah An-Nur Ayat 32 ). 

Definisi dari segi umum dan istilah syarak : 

Definisi umum : Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi secara bersama-sama oleh suami isteri sepanjang perkahwinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan atau pemilikan harta tersebut. 

Definisi syarak : Ia ditafsirkan sebagai pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. 

Kes Yang Berkaitan Dengan Harta Sepencarian : 
Kes Hasmah lwn Jalil, telah diputuskan bahawa harta carian laki bini hendaklah dibahagikan dua antara suami dan isteri apabila berlaku perceraian. Malah jika dia mati, sebelum pindaan Perkara 121(1A), kebanyakan keputusan para hakim Inggeris berkaitan harta sepencarian lebih cenderung merujuk kepada pemakaian adat setempat orang Melayu. Jika dilihat sejarah lampau, harta sepencarian dianggap sebagai satu bentuk adat dalam masyarakat Melayu. Menurut Adat Pepatih, ia disebut sebagai ”carian laki bini”

Dalam kes Robert lwn Boto’, diputuskan bahawa harta yang menjadi pertikaian dianggap sebagai harta sepencarian dan mahkamah akan membahagikan setiap setengah bahagian jika pihak-pihak bersetuju. Ini adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa ia adalah satu adat dan bukannya hukum syarak.


                Konsep dan Pelaksanaan Harta Sepencarian. 


Tuntutan harta sepencarian boleh dibuat secara umumnya selepas berlaku penceraian dan kematian. Professor Ahmad Ibrahim menyebutkan dalam bukunya "Islamic Law in Malaysia" yang diterbitkan pada 1965 oleh Malaysian Sociological Research Institute, pada mukasurat 389 menyatakan bahawa harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama yang mana kerja yang dilakukan menyebabkan pemilikan bersama, semasa berlaku penceraian atau kematian isteri mempunyai hak terhadap bahagian selain daripada penyelesaian perkara yang lain yang diwajibkan di bawah Undang-Undang Islam. 

Di Kelantan, di dalam kes Hajjah Saudah v Hanafi ( 1990 ) 8JH 66, Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan bahawa perintah tuntutan harta sepencarian boleh dibuat selepas kematian pasangan. Doktrin harta sepencarian telah diberi pengiktirafan oleh semua Mahkamah Syariah di Malaysia. Yang penting ialah penyelesaian tuntutan harta sepencarian akan diselesaikan segera selepas menyempurnakan Wasiat dan sebelum dibuat pembahagian harta mengikut sistem faraid.


PERBEZAAN ANTARA HARTA SEPENCARIAN DAN NAFKAH 

Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh hasil daripada usaha suami isteri dan termasuk pendapatan yang diperoleh daripada modal sendiri hasil kerjasama mereka. Apabila berlaku perceraian antara suami isteri, harta yang diperoleh boleh diisytiharkan harta sepencarian. Dengan persetujuan kedua-dua pihak harta itu dapat dibahagikan bersama antara mereka dengan persetujuan mahkamah.

Nafkah merujuk kepada tanggungjawab suami kepada isteri, iaitu dalam masa perkahwinan isteri berhak mendapat nafkah ( Arab, nafaqah ) daripada suaminya. Termasuk dalam nafkah ialah makanan, tempat tinggal, pakaian dan perubatan. Kadar nafkah diambil kira dengan kemampuan suami berdasarkan pendapatannya.

Allah berfirman maksudnya: "...dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya." ( al-Quran, al-Baqarah ( 2 ): 233 )

Apabila dicerai, isteri juga berhak mendapat nafkah untuk masa idah.

  ( Surah at-Talaq: ayat 6 )

" Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu) dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya ".
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

13 comments:

  1. best entry..ckup jelas dan terang..hal ini terlalu banyak dibicarakan dimahkamah...dan juga masyarakat yang masih tidak ketahui mengenai harta sepencarian yang dibenarkan dalam islam...

    ReplyDelete
  2. thanks...jejaka coklat..masyarakat kini ramai yang mengetahui istilah harta sepencarian tetapi kebanyakkan mereka tidak beramal dengannya secara mutlak kepada konsep ini...sama juga seperti konsep ekonomi Islam yang Lain..semoga entry ini dijadi peringatan buat kita dan masyarakatyang lain...

    ReplyDelete
  3. thanks...sy copy entri blog ni ye,untuk presentation harta sepencarian sy nanti..jazakallah :)

    ReplyDelete
  4. salam . saya dapati tafsiran ayat an-nisa 32 dari tafsiran dan penerangan dari ulama-ulama barat sangat berbeza dengan di sini dimana tafsiran ayat ini sering kali dikaitkan dengan topik harta sepencarian.
    tetapi tafsiaran dan kupasan ayat ini oleh ulama luar dari Malaysia mengatakan tentang topik yang sangat berbeza- masih lagi menyentuh isu harta tetapi topik yang tak ada kena mengena lansung dengan isu harta sepencarian.

    http://www.searchtruth.com/tafsir/Quran/4/index.html

    http://www.islamweb.net/emainpage/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=86108

    http://versebyversequranstudycircle.wordpress.com/2012/09/20/brief-explanation-of-surah-an-nisa-ayaat-32-33/

    ReplyDelete
  5. soyo mohon kongsi ye untuk kajian saya..

    ReplyDelete
  6. Maaf kalau ada yang sudi menjawab pertanyaan saya amat lah dialu2kan.. saya inginkan kepastian sekiranya si suami tidak bekerja atau tidak membeli sebarang harta namun si isteri yang banyak membeli aset seperti rumah,kereta dan sebagainya,adakah dikira sebagai harta sepencarian juga? Mohon pencerahan yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara umum apa itu harta sepencarian.... harta sepencarian ialah apa-apa harta yang diperolehi semasa dlam tempoh perkahwinan dikira sebagai harta sepencarian. merujuk kepada persoalan di atas mahkamah mungkin akan melihat kepada takat sumbangan si suami dlm tempoh perkahwinan itu.

      Delete
  7. Maaf kalau ada yang sudi menjawab pertanyaan saya amat lah dialu2kan.. saya inginkan kepastian sekiranya si suami tidak bekerja atau tidak membeli sebarang harta namun si isteri yang banyak membeli aset seperti rumah,kereta dan sebagainya,adakah dikira sebagai harta sepencarian juga? Mohon pencerahan yea..

    ReplyDelete
  8. Sy nk bertanyakn 1 soalan...sekiranya seorang perempuan telah membeli rumah sebelum berkahwin dan kemudian dia berkahwin bersama sipulan yg dipilih tertapi hubungannya tidak panjang...adakah rumah yang perempuan itu beli termasuk dalam harta sepencarian setelah bercerai...mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah yang dibeli atas milik indivudu secara perseorangan sebelum tempoh perkahwinan adalah hak mutlak induvidu terbabit. namun jika dalam perkahwinan tersebut sbg cth dlam pertanyaan puan llaki elah menyumbangan dari segi kewangan dalam membesarkan rumah (ubah suai rumah dr 2 bilik kepada 3 bilik o besarkan porch, dll) mahkamah akan mengambil juga sumbangan llki. namun ianya tertakluk kpd hakim.

      Delete
  9. Sy nk bertanyakn 1 soalan...sekiranya seorang perempuan telah membeli rumah sebelum berkahwin dan kemudian dia berkahwin bersama sipulan yg dipilih tertapi hubungannya tidak panjang...adakah rumah yang perempuan itu beli termasuk dalam harta sepencarian setelah bercerai...mohon pencerahan

    ReplyDelete
  10. Maaf sy ingin bertanya dan perlu petunjuk dari org yg mahir sy(suami) ade pertelingkahan ats sbb org ketiga (ex isteri)menyebabkan rumah tggga sy berkecai menyebabkan pencerain.disini sy nk tanya dari muka kahwin dan smpai lah kahwin dapat ank seorg..sy bekeja ats syrikat yg sama (syrikat yg diusahakan sama2) dari tahun 2015 dan dlm syarikat semua duit masuk dlm acc isteri dan apabila berlaku pencerain dlm kes ini adakah sy xdapat hak apa2 sebagi tuntutan untuk masa depan saya?mohon pencerahan sngt2 merayu boleh dngr pendapat dari org mahir supaya hati sy tenang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...