Sunday, 1 May 2011

MENGENALI ILMU FARAID

Mari belajar Ilmu Faraid 
                            ( Pengenalan kepada ilmu Faraid )

Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan, menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.

Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti anak, isteri suami, ibu, bapa dan lain-lain. Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (zakat, nazar dan lain-lain) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:

1. Tanah, Bangunan ( Rumah, Kilang, Gudang dll)

2. Barang Kemas (Emas, Perak dll)

3. Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak)

4. Tanah, Kebun, Ladang dll  

5. Barang kemas (emas, perak dll)

6. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak

7. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll

( Hukum Berkenaan Faraid )

Pembahagian harta pusaka menurut Islam selepas berlakunya kematian seseorang muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu terhadap harta yang ditinggalkan. hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh Allah secara khusus di bawah hukum faraid.Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan. dan FARDU KIFAYAH kepada umat Islam (Khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya,

Apa Kesan Jika Tidak Melaksanakan Faraid  ?                                                                                          
                                                                                                                                                        
Sekiranya umat islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem faraid ini dikhuatiri akan berlakunya 

1. Memakan Harta Anak Yatim.

2. Memakan Harta saudara-Mara.

3. Memakan Harta Baitulmal.




( Dalil Pensyariatan dan Tuntutan Belajar Ilmu Faraid  )

Sabda Rasullulah SAW:

"Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada Manusia, kerana ia adalah separuh dari ilmu dan akan dilupakan. ia juga adalah ilmu yang pertama yang akan di cabut dari umatku."

                ( Hadis riwayat ibnu majah daripada Abu Hurairah.)


Sabda Rasullulah SAW:

Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada orang lain, Sesungguhanya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau bilau. sehingga ada dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah mereka. 

                 ( Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud.)


Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka dia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam daripada harta yang ditinggalkan jika orang yang meninggal itu mempunyai anak dan dia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat (banyak) manafaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.  ( Surah An-Nisa :11.)



                     ( CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA )

Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

 1. Ashabul-Furud :-

Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

2. Asabah :-

Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu :

(a) Asabah

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian     orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

(b) Asabah Bil Ghoir 

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

(c) Asabah Maal Ghoir 

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).


 3. Dhawil-Arham :-

Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. 

Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu : 

Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.

(a) Hijab Nuqshon 

Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.


(b) Hijab Hirman 

Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa. 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 comments:

  1. ramai masyarakat kini sudah lupa dan juga yang langsung tidak mengetahui akan ilmu faraid walaupun sekadar asasnya..maka terjadilah ketamakkan...mengambil harta orang lain dan pembahagian harta yang tidak adil...mari sama2 kita menghayati ilmu faraid dari segi rahmat dan kebaikan dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  2. Semoga masyarakat Islam di negara kita mengambil kembali Islam itu kedalam keseluruhan kehidupan mereka,dan mempelajari ilmu Islam secara mendalam agar tidak tergolong dalam kalangan orang jahil yang dimurkai Allah SWT. Moga-moga doa kita buat Masyarakat Islam akan dikabulkan Nya...Amin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...