Monday 2 May 2011

Perfume beralkohol HARAM vs HARUS .



Di dalam hal penggunaan minyak wangi beralkohol ulamak terdahulu lebih cenderung untuk menghukumkannya sebagai haram kerana pengetahuan ketika itu tidak dapat menyingkap hakikat sebenar alkohol. 

Mungkin perincian dalam mengenali kepada punca alcohol diperolehi, Bagaimana ia terjadi, apakah proses yang dijalankan, dan adakah ia sama dengan alkohol yang terdapat pada khamar masih tidak jelas. Kita yakin, seandainya ulamak dahulu tahu sebagaimana orang sekarang tahu, sudah tentu mereka juga akan berfatwa seperti ulamak-ulamak hari ini fatwakan.

Ulamak-ulamak dahulu menfatwakan alkohol yang terdapat pada perfume adalah najis, sebagaimana najisnya khamar. Manakala ulamak-ulamak sekarang mengatakan sebagai suci tidak najis. Masing-masing berijtihad berdasarkan hasil kajian yang mereka perolehi.

Apakah yang dikatakan sebagai alkohol dan adakah fungsinya seperti kamar ?

Definasi Alkohol 

Alcohol adalah sejenis gas cair (fluida). Gas yang mempunyai sifat :

1. Kemampuan berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan mempunyai tenaga kinetik tinggi. Energi kinetik akan menaik, bila temperature menaik ( dinaikkan ).

2. Canmpuran molekul-molekul gas adalah merata. Molekul gas bergerak bebas ke segala arah dalam garis lurus dan tidak hilang tenaganya akibat perlanggaran antara satu ama lain.

3. Menepati volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat padat atau cair dalam berat yang sama.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (Ho). Dua jenis alkohol yang kerap digunakan ialah :

1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu).

2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.

Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras. Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek dan minyak wangi.

Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu :

a. Penyediaan secara kimia ( makmal )

b. Penyediaan secara sulingan ( industri.) 

Fatwa terkini yang menyatakan tentang penggunaan alkohol harus dan boleh dipakai dalam minyak wangi dan bahan-bahan lain :

1. Fatwa Majlis Kebangsaan :" Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya."

2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis.

3. Fatwa almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya " Anta Tas al Wa Islam Tujib " menjelaskan bahawa :" Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukum-nya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk."

4. Menurut Abd Rahman al-Jaziri dalam Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat" juzu' 1menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.

5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " Tafsir Al Manar " menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya.

6. Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " juga bersependapat diharuskan dan tidak najis

7. Menurut JAKIM pengambilan akkohol dalam jumlah yang kecil dan tidak memabukkan adalah tidak haram.

Bagaimana pula dengan kadar alkohol yang terdapat dalam minyak wangi?
Jika kadar alkoholnya sedikit dan tidak membahayakan maka silakan ia memakainya tanpa rasa ragu. Misalnya kadar alkoholnya sekitar lima peratus atau kurang dari itu, kadar peratusan yang kurang itu tentu tidak menimbulkan kesan membahayakan.
Jika kadar alkoholnya tinggi sehingga dapat menimbulkan kesan samping terhadap pemakainya, maka yang paling baik adalah tidak menggunakannya kecuali untuk keperluan sangat mendesak, seperti untuk mensterilkan luka dan sejenisnya. Tidak juga kita katakan haram, namun lebih baik tidak menggunakannya bila tidak ada keperluan yang mendesak. Sebab kadar alkohol tinggi tersebut dapat kita simpulkan bahwa ia tergolong zat yang memabukkan. Zat-zat yang memabukkan tentunya haram berdasarkan nash-nash Al-Qur'an dan As-Sunnah serta ijma'.

KESIMPULAN :

Secara kesimpulannya dapatlah kita fahami bahawa masalah penggunaan alkohol adalah masalah kilafiyah. Penjelasan diatas menyatakan bahawa alkohol itu suci dan boleh digunakan dalam solat hanya jika kadar alkohol yang terdapat pada parfum tersebut sedikit maka boleh saja digunakan tanpa harus ragu tetapi jika kadar alkoholnya tinggi maka yang terbaik adalah tidak menggunakannya kecuali untuk suatu keperluan yang mendesak. Ia juga boleh kembali memjadi haram setelah ia bercampur dengan sesuatu yang haram seperti minyak wangi yang mengandungi lemak babi…


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 comments:

  1. nice entry...amat berinformasi...hal ini masih berlaku khilaf pendapat..maka amatlah baik kita hati2 dalam memilih mana2 hukum...teruskan menulis artikel...

    ReplyDelete
  2. oo, begitu..
    perkongsian yg baik =)

    buang la words verification tu yer..
    ni caranya:
    http://sha-myheart.blogspot.com/2011/03/tutorial.html

    ReplyDelete
  3. thanks atas perkongsian maklumat, sy akan cuba perbaiki....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...