Wednesday 27 April 2011

HUKUM NYANYIAN DALAM ISLAM



Lagu Dan Hiburan Dalam Sejarah Umat Islam 

Pada zahirnya, penyanyi lelaki dalam erti kata penyanyi yang mahir dengan selok belok dan kaedah nyanyian yang sedia dimaklumi tidak pernah wujud di zaman Rasulullah S.A.W. Golongan yang ada hanyalah beberapa orang lelaki yang mempunyai suara yang baik, nadanya menarik dan memberi kesan. Mereka menyanyikan lagu huda’ untuk menaikkan semangat unta agar bergerak lebih pantas dan cergas. 

Semenjak zaman jahiliah lagi, masyarakat Arab menganggap bahawa nyanyian adalah tidak munasabah dengan sifat kelakian lelaki. Apatah lagi untuk menjadikannya sebagai satu tugas atau kerjaya. Malah ia juga tidak layak dilakukan oleh perempuan yang merdeka. Oleh kerana itu mereka mengkhususkan tugas ini kepasa golongan al-qainah atau al-qiyan iaitu hamba-hamba yang mempunyai bakat menyanyi. 

Berkenaan penyanyi perempuan ( al-muqhanniyah ) pula, beberapa hadis telah menceritakan bahawa di Kota Madinah pernah terdapat penyanyi wanita. Namun begitu mereka tidaklah ramai. Semenjak zaman jahiliah lagi, Madinah memang terkenal dengan kesenian ini. Penduduk Madinah lebih gemar kepada lagu dan nyanyian berbanding penduduk Kota Mekah.

Ini dapat difahami daripada sabda Nabi S.A.W yang berbunyi : 

“ Sesungguhnya kaum ansar ( penduduk Madinah ) amat gemar kepada hiburan” 


Antara hadis yang menyebut dengan jelas berkenaan hal ini ialah : 

I. Hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasaie yang bermaksud : 

Pada suatu hari, Baginda bertanya kepada Aisyah : Wahai Aisyah, adakah kamu kenal siapa ini? Aisyah menjawab : Tidak. Baginda memberitahunya : Inilah qainah kabilah fulan. Adakah kamu suka jika dia mendendangkan lagu untukmu? Lalu qainah itupun menyanyi untuk Aisyah. 

II. Penyanyi wanita bernama Arnab. Al-Hafiz Ibnu Hajar telah menyebut latar belakangnya dalam kitab al-Isobah Fi Tamyiiz as-Sohabah berkata : Arnab adalah penyanyi ( dari kalangan jariah ) di Madinah. Kami telah meriwayatkan dalam juzuk ketiga daripada kitab Amali al-Muhaamili, iaitu riwayat daripada kalangan perawi Asfahan melalui sanad Ibnu Juraij : Abu Al-Usbu’ memberitahuku : Jamilah, seorang penyanyi telah memberitahunya bahawa dia pernah bertanya kepada Jabir Bin Abdullah r.a berkenaan nyanyian. Lalu Jabir berkata seorang lelaki Ansar telah berkahwin dengan salah seorang kaum kerabat Aishah r.a. Kemudian Aishah telah menghantarnya ke Quba’ ( ke rumah suaminya ). Rasulullah bertanya : 

Adakah kamu telah menghantar pengantin perempuan ? 

Aistyah menjawab : Ya Lalu Rasulullah berkata : Adakah kamu sudah mengutuskan bersamanya bersama dengan nyanyian , kerana masyarakat Ansar amat sukakannnya ? Aisyah menjawab : Tidak .LaluBaginda berkata : Jadi hantar segera arnab supaya sempat dengan pengantin.

Fiqh Al-Imam Al-Ghazali Terhadap Nyanyian 

Saya yakin bahawa sesungguhnya pendapat Imam Al-Ghazali tentang masalah lagu-lagu dan bantahannya yang mendalam terhadap beberapa alasan orang-orang yang mengatakan haramnya mendengar lagu. Dia memberikan jawapan secara menyeluruh di samping dukungannya terhadap dalil-dalil orang yang memperbolehkannya serta beliau sebutkan tentang beberapa faktor yang dapat mengalihkan dari mendengar yang diperbolehkan menjadi yang diharamkan. Itu semua termasuk sikap yang paling adil yang menggambarkan keadilan, keseimbangan dan toleransi syariat sehingga revelan untuk setiap tempat dan masa. 

Pada dasarnya fiqh Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin secara umum adala fiqh yang telah bebas dari semua ikatan mazhab. Dia tidak lagi terikat dengan mazhab Syafi’i melainkan beliau adalah seorang mujtahid bebas yang memandang syariat dari sudut pandangan yang luas. Hal ini nampak jelas di berbagai tempat dan untuk mengetahuinya memerlukan kajian khusus yang dapat dijadikan thesis. 



Beberapa Faktor Yang Mengubah Hukum Mendengar Nyanyian Dari Mubah Menjadi Haram :

Imam Al-Ghazali menjelaskan beberapa faktor yang mengubah hukum mendengar nyanyian dari mubah menjadi haram. Yakni meliputi lima penyebab seperti berikut :

Faktor Yang Ada Pada Penyanyi. 

Iaitu seorang wanita yang tidak alal untuk dipandang dan dibimbangi terjadi fitnah apabila memperdengarkannya. Sehingga haramnya di sini dikeranakan. takut fitnah, bukan lagunya itu sendiri. Disini sini Imam Al-Ghazali lebih menitikberatkan pengharaman atas dasar takut terhadap fitnah. Ini dikuatkan dengan hadith mengenai dua orang hamba perempuan yang menyanyi di rumah Siti ’Aishah. Sebagaimana diketahui bahawa pada saat. Itu Nabi Shallallahu ’alaihi wasallam turut mendengar suaranya dan tidak menjauhkan diri kerana tidak dibimbangi akan menimbulkan fitnah baginya. Peristiwa itu menunjukkan adanya perbezaan antara lelaki dan perempuan yang masih muda dan yang sudah tua. Maka persoalan menjadi berbeza kerana perbezaan keadaan. Kami berpendapat : ” Orang tua boleh mencium isterinya ketika sedang berpuasa, sedangkan orang muda tidak ”. 

Faktor Yang Ada Pada Alat Muzik. 

Jika alat muzik yang digunakan termasuk simbol tukang peminum atau simbol bagi kaum lelaki yang menyerupai wanita, seperti seruling, sejenis gitar dan gendang. Ketiga-tiga jenis alat muzik ini dilarang. Adapun selain itu hukumnya mubah sebagai alasnya, seperti rebana meskipun ada locengnya, gong, memukul dengan tongkat dan alat muzik lainnya.

Faktor Yang Ada Pada Isi Lagu 

Iaitu syair-syairnya .Apabila di dalamnya mengandungi kata-kata mencaci dan kata-kata kotor, atau perkataan dusta terhadap Allah dan Rasulnya atau tehadap sahabat seperti yang dilakukan oleh orang-orang syiah yang mencaci maki para sahabat. Maka mendengarkannya menjadi haram, baik dengan irama atau tidak, kerana pendengar itu ikut bserta sperti yang dilagukan. Demikian juga lagu-lagu yang menyebutkan ciri-ciri wanita dihadapan lelaki, adapun menyebutkan ciri-ciri secara umum maka yang sahih tidak diharamkan, baik dengan irama atau tidak.Dan bagi pendengar tidak boleh mempertunjukkan kepada wanita tertentu, apabila hendak dipertunjukkan maka hendaklah dipertunjukkan kepada wanita yang halal baginya. Jika ditunjukkan kepada wanita lain , maka dia telah bermaksiat pada Allah.Dan jika memang dengan demikian dia harus menjauhi dari mendengar lagu tersebut. 

Faktor Yang Ada Pada Pendengar 

jika orang yang mendengar nyanyian diliputi oleh nafsu syahwat yang biasanya terjadi pada usia awal remaja kerana hawa nafsunya lebih dominan daripada sifat-sifat lainnya, maka mendengar nyanyian haram hukumnya baik dalam hatinya ada rasa cinta kepada orang tertentu atau tidak. Bagaimanapun mendengar nyanyian yang menggambarkan keadaan pelipis, pipi, menjalin hubungan cinta, putus cinta dan lain-lain hanya akan menimbulkan ghairah hawa nafsu, membuatkan dia membayangkan bentuk wanita tertentu, kerana syaitan mneghembuskan hawa nafsu ke dalam kalbunya sehingga apiu syahwat menyala dan berkembanglah segala bentuk maksiat.Rumusnya mendengar nyanyian dan lagu sehingga mengingati wanita yang bukan mahramnya adalah haram hukumnya dan ianya sekeji-keji perbuatan bagaikan zina.

Faktor keawamam 

Jika pendengar dari golongan awam dan tidak diliputi rasa cinta pada Allah maka mendengar nyanyian yang disukai baginya adalah sia-sia.Dan jika diliputi hawa nafsu maka haram hukumnya. Jika dia membiasakan dan menggunakan sebahagian besar waktunya untuk mendengar lagu-lagu maka dia adalah orang yang bodoh dan ia tidak layak menjadi saksi. Kerana terus-menerus melakukan perbuatan sia-sia, dosa yang kecil akan bertukar mnejadi dosa yang besar maka ia sangat dibenci.Alat muzik seperti gitar dan seruling diharamkan seiring dengan pengharaman arak dan khomar maka ia adalah seumpama dosa peminum arak yang membawa kepada zina.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...