Sunday, 29 May 2011

SAMBUTAN HARI IBU DARI SUDUT ISLAM

MENGHARGAI PENGORBANAN SEORANG IBU ....

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Hakikatnya, semua ibu sanggup berkorban apa sahaja bermula sembilan bulan di dalam kandungan hinggalah anak-anaknya mendirikan rumah tangga. Seorang ibu sanggup menjaga cucu-cucunya demi meringankan beban anak menantu. Lain pula kisahnya jika ibu yang keseorangan di kampung sanggup memendamkan penderitaan sakitnya hanya kerana tidak mahu menyusahkan anak-anaknya yang sedang membina kerjaya di bandar. Tidak kira manusia atau haiwan, spesies keturunan, kaum, agama kepercayaan, naluri keibuan adalah asli, lahir secara semula jadi tanpa sebarang paksaan. Mungkin bersempena dengan kasihnya ibu yang tiada batasan, Hari Ibu disambut oleh lapisan masyarakat di seluruh dunia.

Dipercayai sambutan Hari Ibu yang pertama telah diadakan pada musim panas di England, sekitar tahun 1600 Sebelum Masihi. Sambutan itu buat untuk meraikan Rhea yang merupakan ' ibu kepada Tuhan' dan ketika itu ia dikenali sebagai Mothering Sunday. Ia disambut pada hari Ahad keempat dalam kalendar Lent iaitu 40 hari sebelum perayaan Hari Easter. Ketika itu, kebanyakan pekerja di England adalah miskin dan dikerah bekerja setiap hari . Namun pada hari sambutan Mothering Sunday, semua pekerja itu diberi cuti rehat dan digalakkan balik ke rumah untuk menghabiskan masa sehari bersama ibu masing-masing.Beberapa negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, Belgium termasuk Malaysia menyambut Hari Ibu pada hari Ahad, minggu kedua bulan Mei, setiap tahun.

Seharusnya sebagai anak, sambutan ini tidak hanya diingati pada Ahad kedua dalam bulan Mei sahaja tetapi setiap hari. Islam sentiasa mengingatkan kita untuk meletakkan ibu yang pertama di hati kerana syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Ungkapan ini mengingatkan kita cerita si Tanggang yang derhaka pada ibunya dan akhirnya menjadi batu. Ketamakan si tanggang mengejar kekayaan akhirnya memakan diri. Dia melupakan ibunya walaupun pada awalnya berjanji untuk membalas pengorbanan ibunya.

Sementara itu, Al-Qurtubi, seorang pakar tafsir menunjukkan bahawa ibu adalah orang yang paling berhak menerima kebaikan yang berupa kasih sayang dan penghormatan daripada anak-anaknya iaitu sebanyak tiga kali ganda jika dibandingkan dengan kebaikan yang berupa kasih sayang dan penghargaan yang berhak diterima oleh seorang bapa daripada anak-anaknya.

Justeru itu, selain pemberian hadiah, bagi anda yang terlupa memohon maaf atau bertanya khabar pada ibu anda , lakukanlah sekarang.

Sumber: Utusan Online, 8/5/2011


SAMBUTAN HARI IBU BUKAN CARA UMAT ISLAM MENGHARGAI IBU :

Dunia Barat sekarang baru menemukan nilai mulia ibu. Sedangkan umat Islam telah berabad-abad lamanya mempercayai kedudukannya yang mulia berdasarkan ajaran Ilahi sejak diutuskan Rasulullah SAW sebagai penyampai wahyu Allah kepada seluruh umat manusia. Islam percaya pada nilai ibu yang luar biasa, dan telah menarik perhatian manusia untuk melakukan pelbagai usaha dan cara dalam konteks suruhan menyayangi ibu dan menghargai pengorbanannya. Itulah Islam, deen (cara hidup) yang fitrah bagi seorang manusia yang sememangnya diciptakan dengan naluri ingin berkasih sayang. 

Banyak nas-nas daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi dalil kepada suruhan ini. Antaranya: 

“ Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibu bapakmu, hanya kepada-Ku engkau akan kembali.” [TMQ Luqman (31):14]

“ Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya, atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah!" - Jangan pula engkau membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku! Sayangilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku semenjak kecil." [TMQ al-Israa’ (17):23-24]

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: “ Seseorang datang menghadap Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab lagi: Kemudian ayahmu.” [HR Muslim]

RENUNGAN BERSAMA :

Tamadun Barat yang telah ketinggalan zaman, baru mula mempromosikan nilai-nilai murni seperti menyanyangi dan menghargai pengorbanan ibu setelah berlakunya ‘revolusi’ sosial dalam masyarakat mereka. Sambutan Mother’s Day di sebahagian negara Eropah dan Timur Tengah cuma mendapat pengaruh dari kebiasaan memuja Dewi Rhea, isteri Dewa Kronos, dan ibu para dewa dalam sejarah Yunani kuno. Maka, di negara-negara tersebut, peringatan Mother’s Day jatuh pada bulan Mac.

Di Amerika Syarikat dan lebih dari 75 buah negara lain, seperti Australia, Canada, Jerman, Itali, Jepun, Belanda, Malaysia, Singapura, Taiwan, dan Hong Kong, sambutan Mother’s Day jatuh pada hari minggu kedua setiap bulan Mei. Ia adalah kerana pada tanggal itu, tahun 1870, aktivis sosial Julia Ward Howe mencanangkan pentingnya perempuan bersatu melawan perang saudara. Jadi, tujuan memperingati Hari Ibu pada awalnya bermula untuk mengenang semangat dan perjuangan para perempuan dalam usaha memperbaiki bangsa manusia.

Ibu-ibu dan anak-anak sekalian!

Lihatlah betapa mulianya Islam yang ajarannya sungguh lengkap. Sekecil-kecil perbuatan seperti sikap menyayangi dan menghargai pengorbanan ibu telah diajarkan pada manusia sebagai salah satu suruhan untuk memuliakan seorang wanita yang bergelar ibu tadi. Barat dan ajaran sekularnya pula hanya terkontang-kanting dalam percubaan untuk melakukan perkara yang sama hanya setelah tamadunnya sendiri yang menindas dan merosakkan martabat seorang wanita dengan mempromosikan sambutan Hari Ibu.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 comments:

  1. nice entri..
    tnkz berkongsi sedikit info yg menarik :)

    ReplyDelete
  2. u r welcome...semoga ilmu ini mampu kita manfaatkan untuk masa akan datang...

    ReplyDelete
  3. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : melasian77cs@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...